PEMBEKALAN BENIH MD2 SOP TAHUN 2026
10 MAC 2026
Sejumlah 11,000 sulur telah diberikan oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Kelantan kepada seorang penerima iaitu:
- Faridah binti Anuar (Tanah Merah)
Pembekal benih MD2 SOP ini adalah Leong Kah Heng daripada Machang.Benih MD2 SOP ini merupakan benih daripada para pekebun yang berdaftar di bawah LPNM dimana mereka berdaftar menjadi pembekal benih kepada LPNM dan LPNM akan mengagihkan kembali kepada para pekebun lain yang memohon bantuan. Bantuan seperti ini juga merupakan salah satu dari insentif yang diberikan oleh LPNM kepada para pekebun yang telah berdaftar.
