Pemantauan Projek SG1 di Ladang KOSAS
14 April 2026 | SELASA | Ladang KOSAS
Telah diadakan lawatan pemantauan projek tanaman nanas SG1 di Ladang KOSAS yang melibatkan Pengarah LPNM Negeri Selangor bersama wakil syarikat.
Lawatan ini bertujuan meninjau perkembangan semasa projek, memastikan pelaksanaan mengikut perancangan serta menilai tahap pertumbuhan tanaman nanas varieti SG1 di ladang. Pemantauan secara berterusan adalah penting bagi memastikan kualiti hasil dan keberkesanan pengurusan ladang sentiasa berada pada tahap optimum.
Melalui kerjasama erat antara pihak LPNM dan syarikat, diharapkan projek ini dapat menjadi pemangkin kepada peningkatan pengeluaran nanas berkualiti tinggi serta memperkukuh lagi industri nanas negara.
