Skip to main content

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL PEMBANGUNAN INDUSTRI NANAS NEGERI SARAWAK BIL.1 TAHUN 2026

 
2 JULAI 2026 | KHAMIS | KUCHING
 
LPNM Negeri Sarawak bersama Jabatan Pertanian Sarawak telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Industri Nanas Negeri Sarawak Bil. 1 Tahun 2026 yang diadakan sebagai platform penyelarasan dan perkongsian inisiatif pembangunan industri nanas di Sarawak.
 
Mesyuarat telah dipengerusikan bersama oleh wakil Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak, YBrs. Encik Gilbert Anak Igi, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan dan Pengarah LPNM Negeri Sarawak, Encik Mohd Nazaiful Azdi bin Rahman.
 
Mesyuarat turut dihadiri oleh ketua dan wakil jabatan serta agensi yang melaksanakan projek serta program berkaitan pembangunan industri nanas di negeri Sarawak.
 
Penganjuran mesyuarat ini bertujuan menghimpunkan semua agensi yang terlibat dalam pembangunan industri nanas bagi berkongsi status pelaksanaan projek, inisiatif semasa dan perancangan masing-masing.
 
Melalui perkongsian ini, setiap agensi dapat menyelaras peranan dan mengukuhkan kerjasama strategik bagi memastikan pembangunan industri nanas di Sarawak dilaksanakan secara lebih bersepadu serta berkesan kepada pekebun dan pemain industri.
 
 
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Negeri Sarawak

Lot 464 & 465 Tingkat 3,
Al-Idrus Commercial Centre
Jalan Satok
93400 Kuching, Sarawak

082-242857

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
Negeri Kedah/Perlis

Lot 1, Aras Atas,
Kompleks Kota Tani Fama,
Lot 1235, Jalan Kuala Muda
07100 Padang Matsirat, Langkawi
Kedah Darul Aman

04-7710901 / 04-7711462

© 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia