MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL DAN LAWATAN KE KILANG PEMPROSESAN PELET MAKANAN RUMINAN SERTA KILANG PEMPROSESAN BAJA ORGANIK
20 MEI 2026
Satu Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Sisa Tuaian Ke 3 Kilang Pemprosesan Pelet Makanan Ruminan Bilangan 2 Tahun 2026 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Madu Kaca, LPNM Negeri Kelantan. Seusai mesyuarat tersebut , ahli mesyuarat telah melakukan lawatan ke kilang pemprosesan pelet makanan ruminan berasaskan sisa nanas di kg jelor, Pasir Puteh. Lawatan tersebut telah dihadiri oleh Pengarah Bahagian Pengembangan dan Pembangunan Tanaman, Encik Rosmizam bin Md Yusof dan Pengarah Bahagian Pembangunan Produk dan Bioteknologi, Encik Elmie Adha bin Ismail. Pengarah LPNM Negeri Kelantan, Encik Muhammad Fauzan bin Mohd telah mengiringi lawatan tersebut bersama-sama para pegawai LPNM Negeri Kelantan iaitu Puan Nik Suliana binti Mat Saat dan Encik Mohd Hazman bin Jusoh. Selepas itu, rombongan lawatan turut ke kilang pemprosesan baja organik milik Jeno Resources di Kg Permatang Sungkai, Pasir Puteh.
