MAJLIS PERASMIAN PROGRAM JELEBU AGROFEST 2026
9 April 2026 | Jelebu, Negeri Sembilan
Majlis Perasmian Jelebu Agrofest 2026 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dataran Pertang, Jelebu, Negeri Sembilan.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias, EXCO (Kanan) Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup.
Jelebu Agrofest 2026 menjadi platform penting dalam memperkukuh sektor agromakanan, menghimpunkan usahawan tempatan, agensi kerajaan serta komuniti setempat dalam usaha mempromosikan hasil pertanian, meningkatkan kesedaran keterjaminan makanan dan menyokong ekonomi luar bandar.
