LPNM PERKASA PEMAIN INDUSTRI MENERUSI KURSUS MyGAP , TAKLIMAT PEMASARAN DAN EKSPORT SERTA SESI LIBAT URUS KETUA PENGARAH LPNM
13 - 14 JULAI 2026 | ISNIN - SELASA | KUCHING - SAMARAHAN
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Sarawak telah menganjurkan Kursus Malaysian Good Agricultural Practices (MyGAP) pada 13 hingga 14 Julai 2026 di Hock Lee Hotel & Residences, Kuching, bagi meningkatkan pengetahuan peserta mengenai amalan pertanian yang baik serta pengeluaran nanas berkualiti.
Program pada hari kedua diteruskan dengan Taklimat Pemasaran dan Eksport Nanas Malaysia yang memberi pendedahan mengenai peluang pemasaran dan eksport kepada pemain industri.
Ketua Pengarah LPNM, Encik Mohd Khairuzamri M.Salleh turut mengadakan lawatan ke beberapa ladang nanas di Bahagian Samarahan bagi meninjau perkembangan industri dan bertemu usahawan di lapangan.
Program diakhiri dengan Sesi Libat Urus Ketua Pengarah LPNM bersama Pemain Industri Nanas Sarawak yang menjadi platform untuk berkongsi pandangan, membincangkan isu semasa serta mengukuhkan kerjasama dalam memajukan industri nanas di Sarawak.
Program ini mencerminkan komitmen berterusan LPNM dalam memperkasakan pemain industri melalui perkongsian ilmu, jaringan kerjasama dan penyampaian maklumat yang relevan demi pembangunan industri nanas negara.
