LAWATAN TAPAK PROJEK KOMUNITI PENANAMAN NANAS MD2 REMBAU
3 Mac 2026 | Rembau, Negeri Sembilan
Pengarah LPNM Negeri Sembilan dan Melaka, Encik Ary Putra bin Tajuddin telah memulakan lawatan kerja yang pertama dengan melaksanakan tinjauan ke tapak projek ini. Turut hadir wakil Bahagian Kejuruteraan, Encik Sharul Hafizan bin Salleh serta pengusaha - pengusaha projek. Lawatan merangkumi semakan kemajuan kerja, aspek teknikal serta pematuhan terhadap perancangan dan spesifikasi yang ditetapkan.
Projek komuniti ini dijangka memperkukuh pembangunan industri nanas negeri serta memberi manfaat berterusan kepada pekebun dan komuniti setempat.
