LAWATAN TAPAK & PERBINCANGAN ROAD TO MAHA 2026
4 Mac 2026 | Jasin, Melaka
Lawatan tapak dan perbincangan bagi program Road to MAHA 2026 telah diadakan sebagai persediaan awal ke arah penganjuran yang lebih tersusun dan berimpak tinggi.
Program ini telah dihadiri oleh Pengarah LPNM Negeri Sembilan dan Melaka, Encik Ary Putra bin Tajuddin. Turut hadir bersama wakil daripada Bahagian Pembangunan Pemasaran, Encik Herman Bin Marwan serta pegawai kawasan yang terlibat.
Perbincangan tertumpu kepada perancangan lokasi, pengisian program dan strategi promosi bagi memastikan penyertaan industri nanas dapat diperkasa serta memberi impak yang maksimum. Semoga segala perancangan yang dirangka dapat dilaksanakan dengan lancar demi memperkukuh pembangunan industri nanas negara.
