5 Jun 2026 | Jumaat| Renggam, Kluang
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Johor telah melaksanakan Lawatan Penilaian Siap Kerja bagi Kerja-Kerja Menambahbaik dan Menaiktaraf Sistem Perparitan di Ladang Nanas CEP Renggam, Kluang yang diusahakan oleh Syarikat Tabano Sdn. Bhd.
Lawatan ini bertujuan untuk menilai tahap penyempurnaan kerja serta memastikan pelaksanaan projek mematuhi skop, spesifikasi dan keperluan teknikal yang telah ditetapkan.
Lawatan ini telah diketuai oleh En. Ahmad Fitri Shah bin Mohd Yussof, Pengarah LPNM Negeri Johor bersama wakil daripada Bahagian Perancangan dan Strategik serta Bahagian Kejuruteraan, LPNM Ibu Pejabat.
Kerjasama dan pemantauan berterusan ini merupakan komitmen LPNM dalam memperkukuhkan infrastruktur industri nanas serta memastikan pengurusan ladang yang lebih cekap dan mampan.
Nanas Kita, Kebanggaan Negara 🍍