9 Jun 2026 | Jumaat| Kota Tinggi
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Johor telah melaksanakan Lawatan Penilaian Siap Kerja bagi Kerja-Kerja Membaikpulih Stor Pemprosesan Baja di bawah Peruntukan Tabung Bencana Pertanian di Ladang Nanas Ergobumi Sdn. Bhd., Sedeli, Kota Tinggi, Johor.
Kerja-kerja baik pulih ini dilaksanakan susulan kerosakan yang dialami akibat bencana ribut, dengan tujuan memastikan kemudahan operasi ladang dapat dipulihkan dan berfungsi seperti sedia kala.
Lawatan ini telah dihadiri oleh En. Saifudin bin Adam, Penolong Pengarah LPNM Negeri Johor, wakil LPNM Negeri Johor serta wakil daripada Bahagian Kejuruteraan LPNM Ibu Pejabat bagi menilai tahap siap kerja dan pematuhan terhadap skop yang telah ditetapkan.
Diharapkan bantuan yang disalurkan melalui Tabung Bencana Pertanian ini dapat membantu meringankan beban pengusaha serta menyokong kelangsungan operasi industri nanas negara.
Nanas Kita, Kebanggaan Negara 🍍