Skip to main content

LAWATAN PENGARAH LPNM NEGERI BAGI SESI SERAH TAPAK PROJEK KERJASAMA ANTARA LPNM DAN MBMB BAGI PEMBANGUNAN LAMAN BROMELIAD

27 April 2026 l Banda Hilir , Melaka
 
Satu langkah signifikan ke arah memperindahkan landskap bandar Melaka apabila Pengarah LPNM Negeri Sembilan dan Melaka, Encik Ary Putra Bin Tajuddin hadir bagi sesi serahan tapak projek kerjasama strategik antara LPNM dan MBMB bagi pembangunan Laman Bromeliad di Taman Bunga Merdeka, Banda Hilir, Melaka.
 
Projek ini merupakan satu inisiatif dalam memperindahkan landskap bandar serta mempromosikan tanaman bromeliad sebagai salah satu tarikan unik kepada pengunjung. Selain itu, ia juga berperanan sebagai platform pendidikan dan pendedahan kepada masyarakat mengenai kepelbagaian spesies tanaman hiasan.
 
Menariknya, bromeliad merupakan keluarga tanaman yang sama dengan nanas, sekali gus memberi nilai tambah dalam usaha memperkenalkan industri nanas kepada masyarakat melalui pendekatan landskap dan hiasan. Diharapkan projek ini dapat meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan serta potensi tanaman nanas dalam ekonomi.
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Negeri Sembilan dan Melaka

Wisma TEKUN, No 1, Tingkat 1,
Jalan Durian Emas 2, Pusat Perniagaan Betaria,
Jalan Dato’ Siamang Gagap,
70100 Seremban, Negeri Sembilan

06-7616591
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
Negeri Kedah/Perlis

Lot 1, Aras Atas,
Kompleks Kota Tani Fama,
Lot 1235, Jalan Kuala Muda
07100 Padang Matsirat, Langkawi
Kedah Darul Aman

04-7710901 / 04-7711462

© 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia