Skip to main content

LAWATAN PEMANTAUAN USAHAWAN PENERIMA GERAN CHANGE UPGRADE PRODUCT (CUP)

13 Mei 2026 | Rabu | Batu Pahat

Bahagian Pembangunan Usahawan, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia telah mengadakan lawatan pemantauan ke premis usahawan penerima Geran Change Upgrade Product (CUP) di daerah Batu Pahat, Johor.

Lawatan ini telah diketuai oleh Dr. Hjh. Jamaliah binti Hj. Laham, bersama En. Azhan bin Austad, Pn. Nor Hidayah binti Ab Halim serta Cik Nurfarahin Jasmani.

Lawatan ini bertujuan meninjau perkembangan projek yang telah menerima bantuan geran, memantau penggunaan peruntukan yang disalurkan, serta memberi khidmat nasihat dan sokongan kepada usahawan bagi meningkatkan kualiti, produktiviti dan daya saing produk perusahaan berasaskan nanas.

Antara usahawan yang telah dilawati ialah:

🍍 Zai Touch Enterprise
🍍 Yat Cookies & Frozen

Semoga inisiatif geran seperti ini terus menjadi pemangkin kepada pembangunan usahawan industri nanas, seterusnya memperkukuhkan potensi produk tempatan ke pasaran yang lebih luas dan berdaya saing.

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Negeri Johor

Peti Surat 19, Jalan Abas,
82000 Pontian, Johor.

07-6871688 / 1087
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
Negeri Kedah/Perlis

Lot 1, Aras Atas,
Kompleks Kota Tani Fama,
Lot 1235, Jalan Kuala Muda
07100 Padang Matsirat, Langkawi
Kedah Darul Aman

04-7710901 / 04-7711462

© 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia