13 Mei 2026 | Rabu | Batu Pahat
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah mengadakan lawatan pemantauan usahawan Industri Asas Tani (IAT) di premis Perniagaan Roti Kek dan Biskut Harmoni, Batu Pahat, Johor. Lawatan ini telah disertai oleh En. Azhan bin Austad, Cik Nor Hidayah Ab Halim serta Cik Nurfarahin Jasmani.
Pemantauan ini bertujuan meninjau perkembangan perniagaan usahawan dari semasa ke semasa selain memastikan pengusaha terus berdaya saing dalam industri berasaskan nanas. Antara produk yang dihasilkan oleh usahawan ialah Bahulu Gulung JDT, Kuih Bangkit Cheese Nanas, Tat Nanas serta Inti Tat Nanas.
Selain itu, pegawai turut memberikan khidmat nasihat berkaitan peluang pembangunan usahawan termasuk bantuan insentif dan saluran sokongan yang disediakan oleh LPNM bagi membantu memperkukuh operasi perniagaan.
Diharapkan lawatan pemantauan seperti ini dapat memberi galakan kepada usahawan untuk terus aktif dalam industri nanas serta mengembangkan perniagaan dengan lebih efektif dan berdaya maju.