LAWATAN PEMANTAUAN SUB (PEMBANGUNAN) KPKM BAGI PROJEK KOMUNITI PENANAMAN NANAS MD2 REMBAU
31 Mac 2026 | Rembau, Negeri Sembilan
Sekitar lawatan pemantauan oleh Encik Norazli bin Indzam, Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ke Projek Komuniti Penanaman Nanas MD2 di Rembau, Negeri Sembilan telah dilaksanakan bagi meninjau perkembangan dan pelaksanaan projek di lapangan.
Turut hadir bersama ialah Encik Ary Putra bin Tajuddin, Pengarah LPNM Negeri Sembilan dan Melaka, Encik Jackson Ramon, wakil Bahagian Perancangan Strategik LPNM, pegawai kawasan serta para pengusaha dan pihak-pihak yang terlibat.
Inisiatif ini selaras dengan usaha berterusan LPNM dalam memperkasa pembangunan industri nanas negara melalui pengoptimuman penggunaan tanah serta peningkatan produktiviti dan pendapatan komuniti setempat. Lawatan pemantauan ini mencerminkan komitmen berterusan pihak kerajaan dalam memastikan setiap perancangan pembangunan dilaksanakan secara sistematik, terancang dan menepati garis panduan yang telah ditetapkan.
