Khamis | 23 April 2026 | Pejabat LPNM Negeri Johor
Pejabat Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Johor telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Johor dalam usaha mengukuhkan jalinan hubungan strategik antara kedua-dua agensi.Delegasi DOSM Negeri Johor diketuai oleh Pengarah, En. Mohd Suhaimi bin Mohd Rashid, bersama Penolong Pengarah Kanan, Pn. Rosnah binti Abu Nasir serta wakil dari DOSM Johor, Muhammad Hanif bin Adnan.
Kunjungan ini telah disambut oleh Pengarah LPNM Negeri Johor, En. Ahmad Fitri Shah bin Mohd Yusoff bersama Penolong Pengarah, En. Muhammad Saifuddin Adam, Ketua Unit Pemasaran, En. Ma'som bin Abd Jalal, Ketua Unit Data, Siti Hidayah binti Sulaiman serta PKD Pontian, En. Wan Hazizul Wan Husin.
Perbincangan yang berlangsung memberi fokus kepada halatuju pembangunan industri nanas serta pelaksanaan banci pertanian bagi memastikan data yang diperoleh lebih komprehensif, tepat dan relevan. Lawatan ini juga menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama antara agensi demi menyokong perancangan dasar dan pembangunan sektor pertanian yang mampan dan berdaya saing.
