Skip to main content
 
🍍Pengarah LPNM Negeri Pulau Pinang, Tuan Haji Muhamad Yusni bin Ramelan, dan Encik Mohd Samsul, Pegawai LPNM Negeri Selangor bersama YB Dato’ Haji Rashidi Zinol, EXCO Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Keusahawanan Negeri Pulau Pinang, telah mengadakan lawatan kerja ke Saudagar Nanas, Sungai Merab, Bangi.
 
🍍Lawatan ini bertujuan mendapatkan gambaran mengenai pengurusan perniagaan, inovasi produk serta strategi pemasaran yang dilaksanakan oleh usahawan Saudagar Nanas iaitu Encik Firdaus dalam memperkukuh rantaian nilai industri nanas. Sesi lawatan turut menjadi platform perkongsian pandangan berkaitan potensi pembangunan produk hiliran nanas yang mampu meningkatkan nilai tambah serta daya saing industri.
 
🍍Antara produk berasaskan nanas yang menarik perhatian dan mendapat sambutan ialah karipap nanas serta kopi nanas, yang menunjukkan potensi penghasilan produk inovasi berasaskan nanas dalam memperluaskan pasaran dan meningkatkan nilai komersial industri.
 
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Negeri Pulau Pinang
No. 70, Jalan Dagangan 2, Pusat Bandar Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Malaysia
04-5750262 / 04-5741325

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
Negeri Kedah/Perlis

Lot 1, Aras Atas,
Kompleks Kota Tani Fama,
Lot 1235, Jalan Kuala Muda
07100 Padang Matsirat, Langkawi
Kedah Darul Aman

04-7710901 / 04-7711462

© 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia