Skip to main content
 
🍍Pengarah LPNM Negeri Pulau Pinang, Tuan Haji Muhamad Yusni bin Ramelan, bersama Pengarah LPNM Negeri Sembilan/Melaka, Encik Ary Putra bin Tajuddin, serta YB Dato’ Haji Rashidi Zinol, EXCO Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Keusahawanan Negeri Pulau Pinang, telah mengadakan lawatan kerja ke Ladang Nanas SG1 di Sendayan, Negeri Sembilan.
 
🍍Lawatan ini bertujuan meninjau pembangunan tanaman nanas varieti SG1 yang berkeluasan 100 ekar serta melihat secara dekat pelaksanaan amalan pengurusan ladang yang diaplikasikan. Selain itu, lawatan ini turut menjadi platform perkongsian ilmu dan pertukaran pandangan berkaitan teknologi serta kaedah penanaman nanas varieti SG1, di samping mengenal pasti amalan terbaik dalam pengurusan ladang bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil tanaman.
 
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Negeri Pulau Pinang
No. 70, Jalan Dagangan 2, Pusat Bandar Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Malaysia
04-5750262 / 04-5741325

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
Negeri Kedah/Perlis

Lot 1, Aras Atas,
Kompleks Kota Tani Fama,
Lot 1235, Jalan Kuala Muda
07100 Padang Matsirat, Langkawi
Kedah Darul Aman

04-7710901 / 04-7711462

© 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia