LAWATAN KERJA DAN SESI LIBAT URUS MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
16 APRIL 2026 | KHAMIS | MIRI
Satu sesi lawatan kerja dan libat urus industri telah diadakan di Ladang Nanas Tg Agro Fruits Sdn. Bhd. yang merangkumi Mesyuarat Kumpulan Kerja berkaitan Fresh Pineapple serta Planting Materials – Pineapple.
Program ini telah dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) bersama agensi-agensi berkaitan serta pihak berkepentingan dalam industri nanas.
Sesi ini bertujuan menghimpunkan pandangan, maklum balas dan input strategik daripada pemain industri bagi menyokong pembangunan sektor nanas yang lebih mampan terhadap keperluan pasaran semasa.
Perbincangan memberi penekanan kepada pengukuhan rantaian nilai nanas segar dan penerapan amalan terbaik dalam pengeluaran. Pendekatan kolaboratif melalui platform ini diharap dapat memperkukuh penyelarasan antara agensi dan industri.
