Skip to main content
 
🍍Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat dengan lebih dekat proses penghasilan cocopeat, cocofiber serta tanah campuran yang digunakan untuk pertanian khususnya tanaman nanas yang dihasilkan daripada sabut kelapa. Sepanjang lawatan, kami telah diberikan penerangan oleh pemilik kilang, iaitu Haji Wan Fairuz bin Wan Hasan, berkaitan operasi kilang, proses pemprosesan sabut kelapa bermula daripada pengumpulan bahan mentah, proses pengasingan fiber, pemprosesan cocopeat sehingga penghasilan tanah campuran yang sesuai digunakan bagi penanaman nanas secara fertigasi dan polibeg
 
🍍Lawatan ini memberi peluang untuk memahami kepentingan penggunaan media tanaman yang berkualiti bagi meningkatkan pertumbuhan dan hasil tanaman nanas, di samping melihat sendiri amalan pengurusan serta operasi kilang dalam menghasilkan produk berasaskan sabut kelapa secara komersial.
 
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Negeri Pulau Pinang
No. 70, Jalan Dagangan 2, Pusat Bandar Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Malaysia
04-5750262 / 04-5741325

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
Negeri Kedah/Perlis

Lot 1, Aras Atas,
Kompleks Kota Tani Fama,
Lot 1235, Jalan Kuala Muda
07100 Padang Matsirat, Langkawi
Kedah Darul Aman

04-7710901 / 04-7711462

© 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia