Skip to main content

KUNJUNGAN HORMAT SETIAUSAHA POLITIK MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL SABAH DAN SARAWAK)

 
15 MEI 2026 | JUMAAT | KUCHING
 
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Sarawak telah menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), YBrs. Tuan Ahmad Nazib bin Johari kepada Pengarah LPNM Negeri Sarawak dalam rangka siri lawatan dan sesi libat urus bersama agensi-agensi kerajaan di Negeri Sarawak.
 
Kunjungan hormat ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihak Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam memperkukuh hubungan strategik serta meningkatkan kerjasama antara agensi kerajaan Persekutuan dan negeri demi memastikan pelaksanaan agenda pembangunan di Sabah dan Sarawak dapat dilaksanakan secara menyeluruh.
 
Pihak LPNM Negeri Sarawak turut mengambil kesempatan untuk berkongsi perkembangan semasa industri nanas di Sarawak termasuk pelaksanaan program pembangunan tanaman nanas, pengukuhan rantaian industri serta pembangunan usahawan di negeri ini.
 
Kunjungan ini diharap dapat memperkukuh sinergi kerjasama antara BHESS di Jabatan Perdana Menteri dan LPNM Negeri Sarawak dalam merancang serta melaksanakan agenda pembangunan yang mampan.
 
 
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Negeri Sarawak

Lot 464 & 465 Tingkat 3,
Al-Idrus Commercial Centre
Jalan Satok
93400 Kuching, Sarawak

082-242857

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
Negeri Kedah/Perlis

Lot 1, Aras Atas,
Kompleks Kota Tani Fama,
Lot 1235, Jalan Kuala Muda
07100 Padang Matsirat, Langkawi
Kedah Darul Aman

04-7710901 / 04-7711462

© 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia