Skip to main content

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH LPNM NEGERI PULAU PINANG KEPADA YB DATO' HJ RASHIDI BIN ZINOL

| 20 APRIL 2026 | LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG | 

🍍Pengarah LPNM Negeri Pulau Pinang, Tuan Haji Muhamad Yusni bin Ramelan telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Dato' Hj Rashidi bin Zinol, Exco Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Keusahawanan Negeri Pulau Pinang yang diadakan di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA). Turut dihadiri, Pengurus Besar PERDA, Dato' Haji Mohd Asri bin Baharum @ Harun.
 
🍍Pertemuan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara LPNM dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, di samping membincangkan hala tuju pembangunan industri nanas di negeri ini. YB turut berpeluang merasai produk Industri Asas Tani (IAT) berasaskan nanas, iaitu kuih bulan nanas hasil kreativiti usahawan bimbingan LPNM Negeri Pulau Pinang.
 
🍍Turut dibincangkan ialah potensi pengembangan projek nanas, dan pembangunan projek kebun komuniti. Selain itu, perbincangan turut menyentuh isu kadar tapak sewaan bagi pekebun nanas di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Juru.
 
🍍Diharapkan melalui pertemuan ini, lebih banyak kolaborasi dapat dilaksanakan dalam usaha memajukan industri nanas serta meningkatkan pendapatan pekebun di Pulau Pinang.
 
 
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Negeri Pulau Pinang
No. 70, Jalan Dagangan 2, Pusat Bandar Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Malaysia
04-5750262 / 04-5741325

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
Negeri Kedah/Perlis

Lot 1, Aras Atas,
Kompleks Kota Tani Fama,
Lot 1235, Jalan Kuala Muda
07100 Padang Matsirat, Langkawi
Kedah Darul Aman

04-7710901 / 04-7711462

© 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia