KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH LPNM NEGERI KE ATAS YB EXCO KANAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN
15 April 2026 l Seremban, Negeri Sembilan
Kunjungan hormat oleh Encik Ary Putra bin Tajuddin, Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Sembilan dan Melaka, ke atas YB Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias, EXCO (Kanan) Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup telah berlangsung dengan jayanya.
Kunjungan ini bertujuan mengukuhkan hubungan kerjasama strategik antara LPNM dan Kerajaan Negeri dalam memperkasa industri nanas, di samping membincangkan hala tuju serta inisiatif bagi meningkatkan pengeluaran, pemasaran dan daya saing produk nanas tempatan.
