KUNJUNGAN HORMAT KE PENJARA BENTONG BAGI PROJEK TRANSFORMASI TUAIAN KE-3 SISA NANAS
23 April 2026 l Bentong, Pahang
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Sembilan dan Melaka telah menyertai kunjungan hormat ke Penjara Bentong bagi membincangkan pelaksanaan Projek Transformasi Tuaian Ke-3 Sisa Nanas, inisiatif oleh Galeri Diraja Tuanku Ja’afar Negeri Sembilan. Kunjungan ini membuka ruang perbincangan berkaitan potensi pembangunan benang nanas daripada serat daun nanas sebagai bahan tekstil alternatif yang bernilai tinggi serta menyokong konsep ekonomi kitaran dalam industri nanas.
Sepanjang lawatan, kami turut berpeluang melihat sendiri proses penghasilan produk tenunan oleh prospek Penjara Bentong, sekali gus memberi gambaran jelas terhadap potensi penghasilan produk berasaskan serat nanas yang kreatif dan berdaya komersial. Delegasi telah disambut oleh PKK Azuwan Hafiz bin Ahmad, Timbalan Pengarah Penjara Bentong. Turut hadir ialah Encik Ary Putra bin Tajuddin, Pengarah LPNM Negeri Sembilan dan Melaka, Encik Mohd Kharil Hisham bin Mohd Ashaari, Kurator Galeri Diraja Tuanku Ja’afar, Encik Elmie Adha bin Ismail, Pengarah Bahagian Pembangunan Produk dan Bioteknologi (BPPB), serta Prof. Madya Dr. Mohd Nazrul bin Roslan, Pensyarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Inisiatif ini diharap dapat memperkukuh kerjasama strategik serta memacu inovasi produk berasaskan nanas ke tahap yang lebih tinggi.
