Skip to main content

KEMPEN PROMOSI NANAS SEMPENA MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI “MELAKA SAYANG RAKYAT” TAHUN 2026

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Sembilan dan Melaka telah melaksanakan Kempen Promosi Nanas bersempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di beberapa lokasi sekitar Negeri Melaka.
 
Kempen ini telah diadakan pada 4 April di Dataran Orang Kampung Merlimau, Melaka, serta diteruskan pada 6 April di SJK(C) Pay Teck, Melaka bersempena Majlis Rumah Terbuka Melaka Sayang Rakyat.
 
Sepanjang program berlangsung, pengunjung telah diberikan buah nanas potong segar dan jus nanas secara percuma sebagai usaha memperkenalkan rasa, kualiti serta kesegaran nanas tempatan kepada masyarakat. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan mencerminkan minat tinggi orang ramai terhadap produk berasaskan nanas.Inisiatif ini merupakan pendekatan proaktif LPNM dalam menggalakkan pengambilan buah nanas serta memperkukuh permintaan pasaran tempatan, di samping mempromosikan kepelbagaian produk berasaskan nanas kepada masyarakat.
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Negeri Sembilan dan Melaka

Wisma TEKUN, No 1, Tingkat 1,
Jalan Durian Emas 2, Pusat Perniagaan Betaria,
Jalan Dato’ Siamang Gagap,
70100 Seremban, Negeri Sembilan

06-7616591
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
Negeri Kedah/Perlis

Lot 1, Aras Atas,
Kompleks Kota Tani Fama,
Lot 1235, Jalan Kuala Muda
07100 Padang Matsirat, Langkawi
Kedah Darul Aman

04-7710901 / 04-7711462

© 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia