JALINAN KERJASAMA LPNM NEGERI BERSAMA GALERI DIRAJA TUANKU JAAFAR
1 April 2026 | Mantin, Negeri Sembilan
Lawatan Tapak bagi Projek Pengurusan Rantaian Tuaian Ketiga Nanas oleh Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Sembilan dan Melaka bersama Galeri Diraja Tuanku Ja’afar (GDTJ) dengan kerjasama Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Mantin telah dilaksanakan di PRP Mantin sebagai langkah awal penilaian pelaksanaan projek.
Lawatan ini telah dihadiri oleh Encik Ary Putra Bin Tajuddin, Pengarah LPNM Negeri Sembilan & Melaka, TPP Arif Bin Shamsuddin, Ketua Pusat Reintegrasi Penghuni Mantin, PPP Nobin K. Chaundhury, Timbalan Ketua PRP Mantin, serta Encik Mohd Khairil Hisham bin Mohd Ashaari, Kurator Galeri Diraja Tuanku Ja’afar (GDTJ).
Lawatan ini adalah untuk meninjau kesesuaian tapak serta memperkukuh kerjasama strategik antara agensi terlibat. Tujuan projek ini adalah untuk memanfaatkan sisa tanaman nanas, khususnya daun, sebagai bahan mentah bagi penghasilan produk bernilai tambah yang berpotensi menjana pendapatan dan ini mencerminkan komitmen berterusan semua pihak dalam memastikan setiap inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan secara efektif memberi impak positif kepada pembangunan sektor pertanian.
