Skip to main content

BANTUAN DIBAWAH LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA

23 JUN 2026

Permohonan bantuan tanaman nanas di bawah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) terbuka kepada rakyat Malaysia yang mempunyai tapak projek bersesuaian. Bantuan ini tertakluk kepada Akta Perindustrian Nanas 1957.

Berikut adalah syarat dan panduan permohonan yang ditetapkan:

Syarat Kelayakan Utama:

Warganegara: Pemohon mestilah warganegara Malaysia.

Tapak Projek: Tanah yang digunakan mestilah bersesuaian untuk tanaman nanas.

Pemilikan Tanah: Mempunyai hak milik tanah yang sah. Pemilikan boleh dibuktikan melalui pemilikan geran sendiri, tanah TOL (Temporary Occupation Licence), tanah NCR, atau surat kebenaran bertulis daripada Penghulu / Ketua Kampung.

Cara Memohon:

  1. Muat turun borang permohonan melalui Laman Rasmi MPIB atau dapatkan borang secara terus di pejabat LPNM berhampiran.
  2. Satu borang permohonan hanya sah untuk satu (1) lot tanah sahaja.
  3. ⁠Lengkapkan borang berserta dokumen sokongan (seperti salinan kad pengenalan, geran tanah, dan peta lokasi)

Tuan/puan boleh datang ke pejabat LPNM Negeri Kelantan untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Pejabat kami di

RTC KOTA BHARU,

ARAS 3,

BLOK PENTADBIRAN

LOT 3309,BATU 4,LEBUHRAYA PASIR MAS-SALOR,

15150 KOTA BHARU,KELANTAN.

No tel:09-7488326

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Negeri Kelantan

RTC Kota Bharu,
Aras 3, Blok Pentadbiran,
Lot 3309 Batu 4,
Lebuhraya Pasir Mas - Salor,
15150 Kota Bharu, Kelantan

09-7488326/09-7488327
09-7488329
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
Negeri Kedah/Perlis

Lot 1, Aras Atas,
Kompleks Kota Tani Fama,
Lot 1235, Jalan Kuala Muda
07100 Padang Matsirat, Langkawi
Kedah Darul Aman

04-7710901 / 04-7711462

© 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia