AGROFEST LIMBANG 2026
23 - 26 APRIL 2026 | KHAMIS - AHAD | LIMBANG
Program promosi nanas telah dilaksanakan sempena Agrofest Limbang yang dirasmikan oleh YB Datuk Dr Abdul Rahman Ismail sebagai salah satu inisiatif memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap potensi industri nanas sebagai sumber ekonomi yang berdaya maju.
Program ini sebagai platform penting bagi pengunjung untuk didedahkan dengan maklumat berkaitan penanaman nanas serta potensi keusahawanan dalam industri nanas yang mampu menjana pendapatan dan meningkatkan taraf sosioekonomi dalam pembangunan industri nanas.
