PROMOSI DI SERIAN SEMPENA PROGRAM AGROFEST 2026
24 - 26 JULAI 2026 | JUMAAT - AHAD | SERIAN
LPNM Negeri Sarawak telah menyertai Serian Agrofest 2026 sebagai salah satu agensi pempamer bagi mempromosikan industri nanas serta memperkenalkan pelbagai inisiatif pembangunan yang ditawarkan kepada masyarakat.
Program ini telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Dr. Stephen Rundi Anak Utom, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak.
Sepanjang program berlangsung, pengunjung berpeluang mendapatkan maklumat mengenai infromasi industri nanas dan khidmat nasihat teknikal berkaitan program dan bantuan yang disediakan oleh LPNM.
Turut diadakan pengagihan buah nanas dan promosi produk berasaskan nanas bagi memeriahkan penyertaan pengunjung.
Terima kasih kepada semua yang telah berkunjung ke reruai LPNM Negeri Sarawak. Semoga usaha ini terus menyokong perkembangan industri nanas yang berdaya saing.
