Skip to main content

PROMOSI SEMPENA EKSPO PERTANIAN PPNS 2026

 
10-12 JULAI 2026 | JUMAAT - AHAD | SAMARAHAN
 
PNM Negeri Sarawak telah menyertai Ekspo Pertanian Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) 2026 sebagai agensi pempamer bagi mempromosikan pembangunan industri nanas.
 
Sepanjang program berlangsung, LPNM Negeri Sarawak mempamerkan maklumat berkaitan industri nanas, varieti tanaman, produk hiliran serta insentif yang disediakan kepada bakal usahawan dan pengusaha nanas.
 
Pegawai LPNM Sarawak turut menyampaikan ceramah mengenai insentif, teknik penanaman dan pemasaran buah nanas yang disampaikan Encik Mohammad Khairul Azmi bin Kamil kepada para peserta.
 
Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, YB Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail turut melawat reruai pameran LPNM Negeri Sarawak dan meninjau inisiatif pembangunan industri nanas di negeri ini.
 
Penyertaan LPNM Negeri Sarawak dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan agensi dalam memperkukuh pembangunan industri nanas melalui promosi, pemindahan ilmu dan kerjasama strategik bersama pelbagai pihak demi memajukan sektor agromakanan Sarawak.
 
 
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Negeri Sarawak

Lot 464 & 465 Tingkat 3,
Al-Idrus Commercial Centre
Jalan Satok
93400 Kuching, Sarawak

082-242857

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
Negeri Kedah/Perlis

Lot 1, Aras Atas,
Kompleks Kota Tani Fama,
Lot 1235, Jalan Kuala Muda
07100 Padang Matsirat, Langkawi
Kedah Darul Aman

04-7710901 / 04-7711462

© 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia