LAWATAN DAN PERBINCANGAN STARTEGIK BERSAMA RAKAN AGENSI
8 - 9 JULAI 2026 | RABU - KHAMIS | KUCHING
LPNM Negeri Sarawak telah mengadakan beberapa siri perbincangan strategik bersama Sarawak Skills, PUSAKA Food Industry Sdn. Bhd. dan i-CATS University College bagi memperkukuh kerjasama dalam pembangunan industri nanas di Sarawak.
Perbincangan bersama Sarawak Skills memfokuskan kepada pelaksanaan program susulan selepas pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU), manakala sesi bersama PUSAKA Food Industry Sdn. Bhd. meneliti perkembangan projek penanaman nanas serta berkongsi pengalaman dan kepakaran walaupun MoU telah tamat.
Sementara itu, perbincangan bersama i-CATS University College membincangkan hasil penyelidikan tanaman nanas yang menunjukkan impak positif kepada pembangunan industri serta memberi manfaat kepada pengusaha dan pemain industri nanas.
LPNM Negeri Sarawak komited untuk terus memperkukuh kerjasama strategik bersama pelbagai pihak dalam memperkasa industri nanas yang lebih mampan dan berteraskan inovasi.
