Skip to main content

SESI PERBINCANGAN LPNM NEGERI SELANGOR BERSAMA ZAKAT SELANGOR DAN AHIMS RESOURCES

12 Ogos 2026 | Bilik Mesyuarat LPNM Negeri Selangor

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Selangor telah mengadakan sesi perbincangan bersama Zakat Selangor dan Ahims Resources, usahawan dalam industri nanas, bagi meneroka potensi dan peluang ekonomi melalui rantaian nilai industri nanas.

Perbincangan memberi fokus kepada usaha membuka peluang kepada golongan asnaf untuk menjana pendapatan melalui perniagaan berasaskan nanas, termasuk penglibatan dalam aktiviti pengeluaran, pemprosesan, produk hiliran dan pemasaran.

Kerjasama strategik antara pihak berkepentingan ini diharap dapat mewujudkan lebih banyak peluang keusahawanan kepada asnaf, di samping memperkukuh rantaian nilai industri nanas dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi komuniti.

LPNM Negeri Selangor komited memperluaskan jaringan kerjasama strategik bagi memastikan potensi industri nanas dapat dimanfaatkan secara lebih inklusif dan memberi manfaat kepada masyarakat.

 

 

 

 

    Leave a Reply
    Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
    Negeri Selangor

    Laman Nanas,
    Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS),
    Persiaran MARDI-UPM,
    43400 Serdang, Selangor.

    03-89432122
    Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
    Negeri Kedah/Perlis

    Lot 1, Aras Atas,
    Kompleks Kota Tani Fama,
    Lot 1235, Jalan Kuala Muda
    07100 Padang Matsirat, Langkawi
    Kedah Darul Aman

    04-7710901 / 04-7711462

    © 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia