Sepanjang dua hari pertama, para peserta telah mengikuti pelbagai sesi pembelajaran teori yang disampaikan oleh penceramah berpengalaman meliputi modul-modul berikut:
Pengenalan Industri Nanas Johor dan insentif yang ditawarkan oleh LPNM
Penyediaan kawasan, kawalan rumpai, pengurusan benih dan kaedah penanaman

Pembajaan dan aruhan pembungaan

Pengurusan penyakit dan perosak

Indeks kematangan buah nanas

Pengenalan kepada pensijilan MyGAP

Pemasaran dalam dunia digital

Taklimat Insentif Geran Agropreneur NextGen (e-GAN)
Turut dikongsikan ialah kepentingan pemasaran digital dalam memperkembangkan perniagaan. Pada sesi ini, pengusaha Grandpine Enterprise, Puan Istyqomah, telah berkongsi pengalaman beliau memanfaatkan platform media sosial sehingga berjaya mengembangkan perniagaan dalam pengurusan tanaman nanas. Pada hari terakhir, para peserta telah dibawa ke Ladang Lembah Matanaga, Ayer Hitam bagi mengikuti sesi amali di ladang. Pelbagai perkongsian ilmu dan demonstrasi berkaitan pengurusan tanaman nanas telah disampaikan oleh pihak pengurusan ladang.
Diharapkan kursus ini dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta keyakinan para peserta dalam mengusahakan tanaman nanas, sekali gus menyokong pembangunan industri nanas yang lebih mampan dan berdaya saing di Negeri Johor.