Skip to main content
 

🍍Pengarah LPNM Negeri Pulau Pinang, Tuan Hj Muhamad Yusni bin Ramelan bersama YB Dato Hj Rashidi Zinol, EXCO Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Keusahawanan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Koreksional Jasin, Melaka bagi meninjau Pusat Pengumpulan Nanas .

🍍Lawatan ini telah disambut oleh PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah PK Jasin, PP Mohd Rehan Bin Khamis Timbalan Pengarah PK Jasin dan TPP Razrin Hamidi Bin Abdul Razak. Turut hadir bersama Pengarah LPNM Melaka/Negeri Sembilan En Ary Putra Bin Tajuddin. Sesi lawatan diisi dengan perbincangan mengenai inisiatif dan hala tuju pembangunan industri nanas, termasuk potensi pelaksanaan projek pertanian yang mampu memberi manfaat dan program-program yang dilaksanakan di PK Jasin.
 
🍍Seterusnya adalah sesi demonstrasi penghasilan Silaj Nanas menggunakan daun nanas yang disampaikan oleh KIP Abdul Haiyy Bin Md Ghaus sebagai salah satu usaha memanfaatkan sisa tanaman kepada produk bernilai tambah. Inisiatif ini bukan sahaja menyokong amalan pertanian lestari, malah berpotensi mengurangkan pembaziran bahan tanaman serta menyediakan sumber makanan alternatif untuk ternakan.
 
 
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Negeri Pulau Pinang
No. 70, Jalan Dagangan 2, Pusat Bandar Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Malaysia
04-5750262 / 04-5741325

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
Negeri Kedah/Perlis

Lot 1, Aras Atas,
Kompleks Kota Tani Fama,
Lot 1235, Jalan Kuala Muda
07100 Padang Matsirat, Langkawi
Kedah Darul Aman

04-7710901 / 04-7711462

© 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia