Skip to main content
 

🍍Suasana meriah menyelubungi Pesta Durian 2026 yang telah berlangsung di Masjid Ar-Rashiyidin, Nibong Tebal dengan kehadiran ribuan pengunjung yang tidak melepaskan peluang menikmati pelbagai aktiviti menarik.

🍍Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato Hj Rashidi Zinol, EXCO Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Keusahawanan Negeri Pulau Pinang dan YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang.
 
🍍Pelbagai pengisian menarik disediakan sepanjang program, antaranya:
🌿 Pameran daripada pelbagai agensi
🛍️ Jualan oleh para vendor
🐐 Petting zoo
🏆 Pertandingan Buah Durian Terbaik
🎉 Kedurian percuma kepada semua pengunjung
 
🍍YB Dato' Hj Rashidi bin Zinol dan YAB Tuan Chow Kon Yeow turut melawat booth pameran Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dan telah disambut oleh Tuan Hj Muhamad Yusni bin Ramelan, Pengarah LPNM Negeri Pulau Pinang yang memberikan penerangan mengenai pameran serta inisiatif LPNM.
 
🍍Penganjuran program ini bukan sahaja memeriahkan sambutan musim durian, malah menjadi platform mengeratkan hubungan komuniti, mempromosikan hasil pertanian tempatan serta menyokong usahawan agro di Negeri Pulau Pinang.
 
🍍Terima kasih kepada semua pengunjung, penganjur, agensi dan para peserta yang telah bersama-sama menjayakan Pesta Durian 2026. Semoga program seperti ini terus mendapat sambutan pada masa akan datang.
 
 
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Negeri Pulau Pinang
No. 70, Jalan Dagangan 2, Pusat Bandar Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Malaysia
04-5750262 / 04-5741325

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
Negeri Kedah/Perlis

Lot 1, Aras Atas,
Kompleks Kota Tani Fama,
Lot 1235, Jalan Kuala Muda
07100 Padang Matsirat, Langkawi
Kedah Darul Aman

04-7710901 / 04-7711462

© 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia