Seramai 6 peserta Projek Janaan Ekonomi dalam Rantaian Industri Nanas telah menerima bantuan input pertanian sebanyak 260 beg sebagai usaha menyokong pelaksanaan projek tanaman nanas secara lebih berkesan dan mampan.
Bantuan yang disalurkan bertujuan meringankan kos permulaan serta membantu peserta memperoleh input pertanian yang diperlukan bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti tanaman.
