Skip to main content
 

🍍Program ini telah menghimpunkan seramai 110 peserta yang terdiri daripada usahawan, pengusaha dan pemain industri nanas dari negeri Pulau Pinang, Kedah / Perlis dan Perak.

🍍Majlis Perasmian Kursus Rantaian Nilai Industri Nanas Zon Utara telah berlangsung pada 10 Jun 2026 jam 8.00 malam dan telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) YBrs. En. Mohd Khairuzamri bin M. Salleh. Kehadiran beliau mencerminkan komitmen berterusan LPNM dalam memperkukuh pembangunan usahawan serta memajukan industri nanas negara.

🍍Pelbagai pengisian telah disampaikan sepanjang kursus meliputi aspek rantaian nilai industri nanas, pembangunan usahawan, pengurusan tanaman, pemprosesan produk hiliran serta pemasaran bagi memperkukuhkan daya saing industri nanas di Zon Utara.

🍍Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan produktiviti, meningkatkan pendapatan usahawan dan seterusnya memacu pertumbuhan industri nanas negara.

 
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Negeri Pulau Pinang
No. 70, Jalan Dagangan 2, Pusat Bandar Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Malaysia
04-5750262 / 04-5741325

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
Negeri Kedah/Perlis

Lot 1, Aras Atas,
Kompleks Kota Tani Fama,
Lot 1235, Jalan Kuala Muda
07100 Padang Matsirat, Langkawi
Kedah Darul Aman

04-7710901 / 04-7711462

© 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia