BANTUAN DIBAWAH LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA
23 JUN 2026
Permohonan bantuan tanaman nanas di bawah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) terbuka kepada rakyat Malaysia yang mempunyai tapak projek bersesuaian. Bantuan ini tertakluk kepada Akta Perindustrian Nanas 1957.
Berikut adalah syarat dan panduan permohonan yang ditetapkan:
Syarat Kelayakan Utama:
Warganegara: Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
Tapak Projek: Tanah yang digunakan mestilah bersesuaian untuk tanaman nanas.
Pemilikan Tanah: Mempunyai hak milik tanah yang sah. Pemilikan boleh dibuktikan melalui pemilikan geran sendiri, tanah TOL (Temporary Occupation Licence), tanah NCR, atau surat kebenaran bertulis daripada Penghulu / Ketua Kampung.
Cara Memohon:
- Muat turun borang permohonan melalui Laman Rasmi MPIB atau dapatkan borang secara terus di pejabat LPNM berhampiran.
- Satu borang permohonan hanya sah untuk satu (1) lot tanah sahaja.
- Lengkapkan borang berserta dokumen sokongan (seperti salinan kad pengenalan, geran tanah, dan peta lokasi)
Tuan/puan boleh datang ke pejabat LPNM Negeri Kelantan untuk sebarang pertanyaan lanjut.
Pejabat kami di
RTC KOTA BHARU,
ARAS 3,
BLOK PENTADBIRAN
LOT 3309,BATU 4,LEBUHRAYA PASIR MAS-SALOR,
15150 KOTA BHARU,KELANTAN.
No tel:09-7488326
