MAJLIS PERASMIAN & PENUTUPAN PROGRAM PESTA IKAN HIASAN DAN AKUAKULTUR NEGERI KELANTAN TAHUN 2026
3 JUN 2026
Satu Majlis Perasmian & Penutupan Program Pesta Ikan Hiasan Dan Akuakultur Negeri Kelantan Tahun 2026 telah diadakan di Dataran Pantai Irama, Bachok, Kelantan. Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Tuan Mohd Saripudin bin Tuan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Negeri Kelantan. Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Kelantan telah memenuhi undangan jemputan tersebut. Wakil pegawai Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Kelantan iaitu Encik Firdaus bin Ibrahim dan Encik Mohd Hazman bin Jusoh telah hadir dalam jemputan tersebut.
