Skip to main content

KURSUS RANTAIAN NILAI INDUSTRI NANAS WILAYAH SELATAN 2026

28-30 April 2026 | Hotel Faser Place, Pearl Harbour, Johor Bahru

Kursus Rantaian Nilai Industri Nanas Wilayah Selatan 2026 telah berlangsung pada 28 hingga 30 April 2026 di Hotel Fraser Place, Puteri Harbour, Johor Bahru dengan penyertaan seramai 100 orang peserta yang mewakili seluruh daerah di Negeri Johor. Penganjuran kursus ini bertujuan memberi pendedahan, perkongsian ilmu serta memperkukuh kemahiran peserta dalam aspek rantaian nilai industri nanas yang meliputi pengeluaran, pemprosesan, pemasaran dan pembangunan usahawan. Program ini mencerminkan komitmen Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dalam memperkasa pemain industri serta meningkatkan daya saing industri nanas di peringkat negeri dan negara.

Majlis perasmian kursus telah disempurnakan oleh Zahari Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor. Turut hadir Mohd Khairuzamri M. Salleh bersama barisan pengarah jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), pengurusan tertinggi LPNM serta para pemain industri nanas.

Dalam majlis tersebut, turut disampaikan bantuan dan inisiatif pembangunan industri nanas melibatkan RM140,000 bagi Program Inisiatif Galakan Inovasi dan Pengkomersialan, RM500,000 bagi Johor Pineapple Project (JPP), RM800,000 bagi Program Teknologi, Mekanisasi dan Automasi Industri Nanas serta RM5,400,200 bagi Projek Jana Ekonomi dalam Rantaian Industri Nanas, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan sebanyak RM6.84 juta.

Penganjuran program ini selaras dengan usaha memperkukuh kapasiti dan keupayaan pemain industri merangkumi keseluruhan rantaian nilai, sekali gus menyokong peranan Johor sebagai peneraju industri nanas negara. Program ini juga bertepatan dengan halatuju pembangunan industri nanas di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang menekankan peningkatan produktiviti, inovasi dan pengukuhan pasaran.

Nanas Kita, Kebanggaan Negara 🍍

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Negeri Johor

Peti Surat 19, Jalan Abas,
82000 Pontian, Johor.

07-6871688 / 1087
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
Negeri Kedah/Perlis

Lot 1, Aras Atas,
Kompleks Kota Tani Fama,
Lot 1235, Jalan Kuala Muda
07100 Padang Matsirat, Langkawi
Kedah Darul Aman

04-7710901 / 04-7711462

© 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia