Skip to main content

 

3 April 2026 | TKPM Lanchang, Temerloh, Pahang

Sesi serah tapak bagi kerja-kerja membaikpulih dan menambah baik infrastruktur jalan serta pembentung (culvert) di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Lanchang dilaksanakan di bawah peruntukan Tabung Bencana Pertanian.

Projek ini melibatkan penambahbaikan laluan utama serta sistem saliran bagi memastikan kelancaran pergerakan logistik, meningkatkan akses kebun, serta mengurangkan risiko kerosakan akibat bencana seperti banjir.

Turut hadir dalam sesi ini ialah En. Shahrul Hafizan bin Salleh, Pegawai Bahagian Kejuruteraan serta En. Mohamar Romzy bin Johri, wakil LPNM Negeri Pahang. Pelaksanaan projek ini adalah di bawah zon timur dan merupakan usaha berterusan dalam memperkukuh kemudahan infrastruktur pertanian demi kesejahteraan usahawan serta peningkatan produktiviti sektor agromakanan negara.

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Negeri Pahang

LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA NEGERI PAHANG

LPNM Negeri Pahang
B18, Tingkat 1, Lorong Pandan Perdana 1/2
25150 Kuantan, Pahang

09-5383264 / 09-5393246
09-5383267
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
Negeri Kedah/Perlis

Lot 1, Aras Atas,
Kompleks Kota Tani Fama,
Lot 1235, Jalan Kuala Muda
07100 Padang Matsirat, Langkawi
Kedah Darul Aman

04-7710901 / 04-7711462

© 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia