Program Road to Perlis Agro Fest telah berlangsung pada 31 Januari 2026 - 1 Februari 2026 (Sabtu - Ahad), bertempat di Taman Rekreasi, Sungai Batu Pahat, Perlis. Program ini telah dirasmikan oleh YAB Tuan Abu Bakar bin Hamzah, Menteri Besar Perlis.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan di reruai pameran LPNM Negeri Kedah/Perlis seperti pengagihan buah nanas secara percuma kepada para pengunjung, pameran produk IAT makanan dan bukan makanan serta khidmat nasihat dan teknikal.
Terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung yang telah hadir bagi memeriahkan reruai pameran LPNM Negeri Kedah/Perlis dan semoga berjumpa lagi dimasa hadapan!
