Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) FGV Holdings Berhad, Dato' Fakhrunniam Othman telah mengadakan lawatan kerja ke FGV Laka Selatan 02 bagi melihat perkembangan terkini projek tanaman nanas di ladang nanas FGV Laka Selatan 02. Sehingga kini, seluas 80 hektar telah ditanam dengan tanaman nanas dan akan mencecah sehingga 300 hektar pada masa akan datang.
Selain itu, GCEO FGV Holdings Berhad turut menyempurnakan upacara perasmian bagi Pusat Agropelancongan FGV Laka Selatan 02, dibawah bimbingan LPNM Negeri Kedah/Perlis.
