Program The 4th SBM SULAM Competition and Exhibition anjuran Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM), Universiti Utara Malaysia telah berlangsung dengan jayanya pada 6 Januari 2026 (Selasa) bertempat di Foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM. Program ini melibatkan pelajar SBM melalui pelaksanaan projek SULAM bersama komuniti pengusaha nanas.
Melalui penganjuran program ini, ia telah menjadi platform yang berkesan dalam mengeratkan jalinan kerjasama serta menyatukan hubungan strategik antara Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam usaha memperkasa pembangunan industri nanas dan pembelajaran berasaskan komuniti.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pengarah Negeri Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Kedah & Perlis, En. Mohd Izwan bin Kasin dan En. Mohamad Faridzuan bin Fadzil atas kesudian hadir sebagai Panel Juri dan Perasmian Penutup, serta sokongan dan perkongsian bermakna yang telah menyuntik inspirasi kepada para pelajar dan semua pihak yang terlibat.
