Skip to main content

PENGAMBILAN SULUR BENIH MD2 DAN N36 DARI PEMBEKAL

 

14 April 2026 (Selasa) | Simpang Renggam | Kg. Sri Menanti, Batu Pahat

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Johor terus memperkukuh komitmen strategik melalui kerjasama erat bersama LPNM negeri-negeri lain dalam usaha memenuhi keperluan bekalan benih berkualiti tinggi. Inisiatif ini dilaksanakan bagi menyokong permohonan sumber benih SOP varieti MD2 serta varieti lain di bawah pelaksanaan Projek Janaan Ekonomi Dalam Rantaian Industri Nanas Tahun 2026.

Sehubungan itu, satu sesi pengambilan sulur benih nanas varieti MD2 dan N36 telah berjaya dilaksanakan pada hari ini bagi memenuhi permintaan daripada LPNM Terengganu dan LPNM Pulau Pinang. Program ini berlangsung di stor pembekal benih yang melibatkan kerjasama bersama pembekal berdaftar iaitu En. Sih Xi Hui (pembekal benih N36) dan En. Hairul Anuar bin Tumiran (pembekal benih MD2).

Usaha berterusan ini mencerminkan peranan proaktif LPNM Negeri Johor dalam memastikan rantaian bekalan benih nanas sentiasa mencukupi, berkualiti dan berdaya saing, seterusnya menyokong pembangunan industri nanas negara secara mampan.

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Negeri Johor

Peti Surat 19, Jalan Abas,
82000 Pontian, Johor.

07-6871688 / 1087
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
Negeri Kedah/Perlis

Lot 1, Aras Atas,
Kompleks Kota Tani Fama,
Lot 1235, Jalan Kuala Muda
07100 Padang Matsirat, Langkawi
Kedah Darul Aman

04-7710901 / 04-7711462

© 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia