Skip to main content

MESYUARAT PENYELARASAN PEMBEKALAN BENIH TENDER MD2 DAN SG1 UNTUK PROJEK PEMERKASAAN INDUSTRI NANAS DI SARAWAK

 
6 APRIL 2026 | ISNIN | KUCHING
 
Mesyuarat Penyelarasan Pembekalan Benih Tender MD2 dan SG1 bagi Projek Pemerkasaan Industri Nanas Malaysia di Sarawak bagi tahun 2026 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat LPNM Sarawak, Kuching serta melalui pautan Webex.
 
Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan jadual pembekalan benih serta memperincikan syarat dan spesifikasi pembekalan yang perlu dipatuhi oleh semua pihak terlibat bagi tahun 2026.
 
Perbincangan turut menekankan aspek penyelarasan pelaksanaan pembekalan agar dapat dilaksanakan secara teratur, cekap dan mengikut garis masa yang telah ditetapkan.
 
Hasil mesyuarat ini diharapkan dapat memastikan kelancaran pelaksanaan projek serta menyokong usaha memperkukuh pembangunan industri nanas di Sarawak secara berterusan.
 
 
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Negeri Sarawak

Lot 464 & 465 Tingkat 3,
Al-Idrus Commercial Centre
Jalan Satok
93400 Kuching, Sarawak

082-242857

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
Negeri Kedah/Perlis

Lot 1, Aras Atas,
Kompleks Kota Tani Fama,
Lot 1235, Jalan Kuala Muda
07100 Padang Matsirat, Langkawi
Kedah Darul Aman

04-7710901 / 04-7711462

© 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia