MESYUARAT JAWATANKUASA KELULUSAN PROJEK PEMBANGUNAN DAN PENGGILIRAN PEMBEKALAN BENIH BIL 3/2026
13 APRIL 2026 | ISNIN | KUCHING
Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Projek Pembangunan dan Mesyuarat Penggiliran Pembekalan Benih LPNM Negeri Sarawak Bilangan 3/2026 telah diadakan di Pejabat LPNM Kuching dengan penglibatan pejabat cawangan secara atas talian.
Mesyuarat ini bertujuan untuk meneliti serta mempertimbangkan kelulusan projek-projek pembangunan yang berkaitan. Di samping itu, menyelaras penggiliran pembekalan benih bagi memastikan agihan yang lebih teratur dan memenuhi keperluan semasa di seluruh negeri.
Pelaksanaan mesyuarat secara hibrid ini sebagai salah satu persediaan ke arah pelaksanaan kaedah bekerja dari rumah (BDR) selaras dengan keperluan semasa bagi memastikan kesinambungan operasi dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan organisasi.
