Skip to main content

LAWATAN TAPAK PROJEK MENAIKTARAF INFRASTRUKTUR

 

30 Mac 2026 | Kluang

 

Lawatan Tapak Projek Menaiktaraf Infrastruktur telah diadakan melibatkan kerja-kerja menaik taraf sistem peparitan dan saliran ladang. Lawatan ini bertujuan membuat penilaian serta memastikan kelancaran pelaksanaan projek di lapangan.

Untuk makluman, projek ini merupakan salah satu projek penanaman nanas di bawah program Rentis dalam Daerah Kluang yang terletak di CEP Renggam Estate, SD Guthrie dan diusahakan oleh Syarikat Tabano Sdn. Bhd.

Turut hadir dalam sesi lawatan ini ialah Pengarah LPNM Negeri Johor, En. Ahmad Fitri Shah bin Mohd Yussof bersama En. Muhammad Saifudin bin Adam, Penolong Pengarah LPNM Negeri Johor. Hadir sama wakil Bahagian Kejuruteraan dan Bahagian Perancangan Strategik LPNM Ibu Pejabat serta pegawai-pegawai LPNM Negeri Johor.

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Negeri Johor

Peti Surat 19, Jalan Abas,
82000 Pontian, Johor.

07-6871688 / 1087
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
Negeri Kedah/Perlis

Lot 1, Aras Atas,
Kompleks Kota Tani Fama,
Lot 1235, Jalan Kuala Muda
07100 Padang Matsirat, Langkawi
Kedah Darul Aman

04-7710901 / 04-7711462

© 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia