Skip to main content

LAWATAN PEMANTAUAN KEBAKARAN DI LADANG NANAS KELOMPOK KAMPUNG PENASU, DARO

 
30 MAC 2026 | ISNIN | DARO
 
Satu lawatan pemantauan kebakaran telah dilaksanakan di ladang nanas yang melibatkan peserta Kelompok Kampung Penasu bagi menilai situasi semasa serta tahap kerosakan yang berlaku akibat kejadian kebakaran tersebut.
 
Lawatan ini turut bertujuan mendapatkan gambaran awal impak kejadian terhadap kawasan tanaman nanas serta mengenal pasti keperluan tindakan susulan yang bersesuaian.
 
Berdasarkan pemerhatian awal di lapangan, kebakaran dianggarkan melibatkan keluasan kira-kira 75 hektar. Walau bagaimanapun, keluasan sebenar kawasan kebun nanas yang terjejas masih belum dapat dimuktamadkan dan kini dalam proses pengesahan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
 
Turut hadir semasa lawatan pemantauan tersebut ialah wakil daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Natural Resources and Environment Board (NREB) serta pihak Estate, Jaya Tiasa Sdn. Bhd., yang bersama-sama memberikan komitmen dalam memastikan situasi ini ditangani secara bersepadu dan berkesan.
 
 
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Negeri Sarawak

Lot 464 & 465 Tingkat 3,
Al-Idrus Commercial Centre
Jalan Satok
93400 Kuching, Sarawak

082-242857

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
Negeri Kedah/Perlis

Lot 1, Aras Atas,
Kompleks Kota Tani Fama,
Lot 1235, Jalan Kuala Muda
07100 Padang Matsirat, Langkawi
Kedah Darul Aman

04-7710901 / 04-7711462

© 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia