LAWATAN KERJA PENGARAH PERTANIAN SARAWAK KE LADANG NANAS DAN KILANG PEMPROSESAN NANAS DI JOHOR
14 APRIL 2026 | SELASA | JOHOR
Lawatan kerja oleh Pengarah Pertanian Sarawak, Yang Berusaha Tuan Dominic Anak Chunggat ke Ladang Jutawan, Simpang Renggam serta Kilang Pemprosesan Ananas Premium di Pagoh, Johor telah berjaya dilaksanakan bagi meninjau secara langsung operasi ladang dan fasiliti pemprosesan nanas.
Lawatan ini bertujuan untuk memahami rantaian lengkap industri nanas yang merangkumi aspek pengeluaran benih, penanaman, penuaian, pemprosesan hingga ke pemasaran produk hiliran.
Sepanjang lawatan, delegasi telah didedahkan dengan amalan terbaik dalam pengurusan ladang berskala besar, penggunaan teknologi moden dalam pemprosesan nanas serta sistem pengurusan bekalan yang cekap.
Input yang diperoleh melalui lawatan ini diharap dapat dimanfaatkan dalam memperkukuh pembangunan industri nanas di Sarawak. Lawatan ini turut diiringi oleh pegawai daripada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Sarawak.
