Skip to main content

LAWATAN KERJA BERSAMA KELOMPOK SUNGAI ADONG, MIRI

 
7 APRIL 2026 | SELASA | MIRI
 
Komitmen dalam memperkasa industri nanas terus diperkukuh apabila Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Sarawak mengadakan lawatan kerja ke Sungai Adong, Miri. Lawatan ini bertujuan mendekati komuniti setempat sambil berkongsi potensi serta peluang ekonomi melalui penanaman nanas.
 
Satu sesi taklimat turut diadakan bagi memberi pendedahan berkaitan pelbagai program bantuan, sokongan teknikal serta inisiatif yang ditawarkan oleh LPNM kepada mereka yang berminat untuk memulakan atau mengembangkan perusahaan nanas.
 
Seramai 35 orang penduduk kampung telah mengambil bahagian dalam sesi ini. Diharapkan usaha ini mampu menjadi pemangkin kepada penglibatan aktif komuniti setempat, seterusnya menyumbang kepada perkembangan industri nanas di Sarawak.
 
Bersama kita jayakan industri nanas sebagai sumber ekonomi masa hadapan.
 
 
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Negeri Sarawak

Lot 464 & 465 Tingkat 3,
Al-Idrus Commercial Centre
Jalan Satok
93400 Kuching, Sarawak

082-242857

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
Negeri Kedah/Perlis

Lot 1, Aras Atas,
Kompleks Kota Tani Fama,
Lot 1235, Jalan Kuala Muda
07100 Padang Matsirat, Langkawi
Kedah Darul Aman

04-7710901 / 04-7711462

© 2026 Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia